Saturday, March 16, 2019

SNOW CHEESE CAKE

SNOW CHEESE CAKE
Sumber :K.Zai & Rahel
Bahan:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
60g tepung jagung
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan.Tp jgn sampai berminyak)
Untuk Krim

1 kotak cream cheese philadelphia (250 gm)
1/2 tin susu pekat manis ->> K.Zai letak 1 cawan
(satukan kedua bahan & putar sehinggatidak berketul-ketul).
Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara:
Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
Sediakan acuan 8' ,yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
Bila sudah masak biarkan sejuk.  Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Tips akak:-
Mencairkan mentega, jangan sampai warnanya kejernihan, cukup setakat mentega cair sahaja.  Jika tidak kek akan sedikit berminyak.
Panaskan dulu oven lebihkurang 10 minit sebelum bakar kek.
Akak telungkupkan loyang kek sebaik sahaja dikeluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk.
Letak loyang kek pada rak paling bawah dalam oven, tetapi kedudukannya di tengah-tengah.
Buang (potong rata) bahagian atas kek supaya kerja sapuan lebih senang kerana permukaannya sgt lembut (leroii).
Cheese yang telah dipukul, akak masukkan sekejap dalam fridge lebihkurang 10 minit sebelum disapu di sekeliling kek.






MUFFIN BLUEBERRY

Muffin Blueberry ni saya ambil dari pinterest.. Saya dah cuba dan puashati dgn hasilnya, cuma ada sesetengahnya saya dah ubah..tapi hasilnya tetap sedap...

Muffin Blueberry.

BLUEBERRY MUFFIN (PINTREST)
****
MUFFIN BATTER:

2 & 1/2 cups (310g) all-purpose flour/self-rising flour.
1 tbsp (13g) baking powder
1 tsp (5g) baking soda
1/2 tsp (2g) salt
1/2 cup (114g) unsalted butter, melted and cooled
1 cup (200g) sugar
2 large eggs
1 cup (250ml) milk (any kind, whole or buttermilk is best)
1 tbsp (15ml) vanilla extract
1 & 1/2 cups (230g) blueberries

STREUSEL TOPPING:

1/4 cup (50g) sugar
1 tbsp (8g) all-purpose flour
1/8 tsp ground cinnamon
2 tsp (10ml) unsalted butter, melted

instructions

1. Preheat oven to 425F. Spray or line a 12 cup muffin baking pan.
2. To prepare the streusel; mix together the sugar, flour and cinnamon in a small bowl. Stir in the butter, and set aside.
3. In a large bowl, whisk the flour, baking powder, baking soda and salt together. Set aside.
4. In a medium bowl, whisk the melted butter with the sugar, add the eggs, mix, then add the milk and vanilla, mix again.
5. Add the wet ingredients to the dry and gently combine using a rubber spatula until moistened.
 6. Fold in the blueberries until just incorporated.
7. Divide the batter into the 12 muffin cups, top with streusel and bake for 5 minutes at 425F, then keeping the muffins in the oven, reduce the heat to 375F and bake for another 15 minutes or until a toothpick inserted into the center comes out clean.





Sunday, June 7, 2015

PES TOM YAM MELETUP...

   

     Hari ni nak share satu resepi,yang pasti halal,bersih dan sedap..
Pes Tom Yam ...
Kita boleh masak banyak2 dan simpan dalam peti ais...atau diberikan pada jiran,keluarga dan kawan-kawan.


PES TOM YAM 

BAHAN-BAHANNYA:

2 biji                 Bawang Besar (yg paling besar ye..)
2 biji                 Bawang Putih
5/8 biji             Cabai masak/ Cili Padi
1 1/2 senduk   Cili Giling
1 inci                Lengkuas
1 inci                Halia
3 S/b               Air Limau
6 Btg               Serai
1 S/b               Udang Kering
8 helai            Daun Limau Purut
1 inci              Belacan
Gula dan Garam


CARA-CARANYA  :

1. Semua bahan tadi dikisar

2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 kisar tadi.
    Masukkan gula dan garam.

3. Masak dengan api yang sederhana hingga hampir kekeringan.

4. Bila kuah semakin pekat. Kecilkan api,biarkan hingga kering sedikit dan pecah minyak.

5. Setelah pekat, angkat dan masukkan ke dalam bekas yang kedap udara...dan boleh la
    simpan di dalam peti ais.                     

SEKIAN...SELAMAT MENCUBA..








PES TOM YAM yang telah dimasukkan ke dalam bekas.






Thursday, October 2, 2014

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE


   Assalamualaikum,hari ni nak share satu lg resepi Cheese yang gebuss...saya ni memang peminat cheese,jadi apa2 saja berkenaan dengan cheese memang saya akan cuba.
  Resepi yang saya dapat ni pun melalui carian dalam google dan inilah pilihan resepi yang saya rasa terbaik dan senang.....

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Bahan-bahan
Bahan A:

250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon/sunquick
1/4 s/teh garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:

140g gula halus
6 biji putih telur
3/4 s/teh jus lemon
Cara-cara

Utk adunan A:
1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler.
2. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan td, dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B:
1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).
2. Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati.
4. Sediakan loyang yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Seeloknya loyang yang boleh dibuka dibwh. Tuang adunan kek kedlm loyang.
5. Bakar kek lebih kurang sejam, dgn cara waterbath, pd 160°C . Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm loyang, balut bwh hgga sparuh tinggi loyang dgn aluminunium foil (agar air xmasuk)
Kemudian letak loyang tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, dan bakarlah hingga permukaan atasnya kekuningan dan masak.
  Selamat mencuba...dan tak rugi untuk mencuba...

Sunday, September 28, 2014

KUIH SERI AYU

Hari ni nak share satu lagi resepi yang memang confirm sedap dan terbaik...sebabnya memang ramai yang puji kuih ni sedap lembut dan gebu.
Sebenarnya kuih ni pun k.niza dapat dari seorang kawan,kira satu tempat kerjalah..namanya cikgu Emma Shafiza. Mak sedara belah suami memang pengemar kuih dari resepi ni,sebab dia kata lain dari yang lain..

SERI AYU

2 cawan tepung gandum
1½ cawan gula
4 biji telur
1 s/teh ovalette
1 cawan santan
1 s/teh esen vanilla/pandan
1 s/teh pewarna hijau
Sebiji kelapa parut (ambil yang putih je)
Garam halus
1 s/teh Tepung ubi

Cara-caranya :

1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masukkan ovalette dan esen vanilla..pukul lg hingga betul2 kembang. Sementara itu panaskan pengukus.
3. Masukkan tepung sedikit2, selang seli dengan santan. Akhir sekali masukkan pewarna hijau ke dalam adunan,mengikut warna yang dikehendaki.
4. Kelapa parut,tepung ubi dan garam disatukan..kacau.sapukan sedikit minyak kedalam acuan dan
Masukkan kelapa parut td sedikit kedalam acuan..tekan2.
5. Setelah itu tuang adunan kedalam acuan tadi dan kukus dalam 10/15 minit.

Tuesday, September 16, 2014

KEK COKLAT KUKUS CHEESE

Hari tu k.niza ada bagi resepi kek coklat kukus...kali ni nak tambah lapisan Cheese plak pada kek coklat tu.
Cheese tu terpulang,samada nak letak ditengah kek coklat...atau pun dibahagian atas kek. Kek ni tak perlukan topping di atasnya pun dah cukup sedap,tapi kalau rajin nak buat jugak pun tak pe....kek coklat kukus boleh refer disini.
(Adunan perlu dibahagi dua jika cheese tu nak letak ditengah2 kek).

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE
250 gram krim cheese
6 sudu besar gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum
Kukus sehingga masak...

Contoh-contoh kek...Maaflah jika kurang cantik...tapi rasanya memang sedap. Sesuai untuk buat kek harijadi anak.





Cheese diatas



Cheese ditengah



Monday, September 15, 2014

Kek Coklat Kukus

 Hari ni...atas permintaan anak-anak,nak makan coklat kek yang mama buat..
 Resepi ni tak banyak beza dengan resepi yang lain..cuma saya kurangkan sikit sukatan mengikut selera anak-anak.

KEK COKLAT KUKUS

Bahan A

· ¾ cawan serbuk koko
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan susu cair
· ¾ cawan minyak masak
· 1 cawan susu pekat

Bahan B 

· 11/2 cawan tepung gandum
· 1 sudu teh bikarbonat
· 1 sudu teh baking powder
· 1 sudu teh esen vanilla
· 3 biji telur

Cara-cara 

1. Masak Bahan A dalam periuk,api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.Sementara itu,panaskan pengukus.
4. Masuk bahagian B +A sedikit demi sedikit. ( tepung + bikarbonat + baking powder diayak dulu)...berselang-seli dengan telur.
5. Masukkan adunan dalam loyang yang dilapik dengan kertas minyak,supaya senang untuk dikeluarkan.
6. kukus selama 30/40 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..).
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau nak lebih cantik dan sedap,eloklah ditambah topping diatas.


BAHAN UNTUK TOPPING (ganache)


Bahan:

½ cawan serbuk koko.
1  cawan susu pekat
¾ cawan butter/marjerin
¼ cawan minyak masak

Cara:

-Masukkan serbuk coklat,susu pekat,marjerin/butter dan minyak. Kacau hingga sebati.
-Letakkan diatas dapur..panaskan dengan menggunakan api yang kecil.Kacau hingga sebati.
- Curahkan atas kek tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
- Biarkan kek menjadi sejuk.
- Setelah itu disimpan kedalam peti sejuk...
            SELAMAT MENCUBA..
Inilah hasilnya....